--> ]]>

Yang Mengikuti Perkembangan ♥

12 July, 2011

CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA

Salam 1 Blogger..

 Terlebih dahulu, aku nak minta maaf sebab dah lama tak update. Ini kerana aku sangat la busy dengan kerja dan test.. selain itu, kesemputan line berokband aku juga satu masalah utama untuk aku tidak dapat update blog.. 
Tetapi sekarang ni, aku cuba untuk update jugak walaupun berokband aku agak semput...hehe..
Eh2.. dah macam karangan bahasa melayu pula dah..

Seperti tajuk di atas, aku ingin kongsi beberapa cara @ tips untuk kepada sesiapa yang ada hubungan serius atau dalam bahasa English nya, Serious Relationship.  Mungkin banyak cara tersendiri untuk kita mengekalkan hubungan cinta untuk mendapatkan hubungan yang kekal.. 
Aku bukan doctor love ke ape eh.. tapi ini berdasarkan sekeliling..

Ok, ini ada la contoh-contoh cara mengekalkan hubungan cinta :

1. IKHLAS - korang kena lah ikhlas dalam bercinta ni. korang tak boleh berlakon atau hipokrit sebab bila korang tak ikhlas, hubungan tu takkan berkekalan malah akan memakan diri korang sendiri. Just be yourself

2. BERFIKIRAN POSITIF - Dalam percintaan ni, kalau kita tak think positive, hubungan takkan ke mana. Jangan terlalu berfikiran yang tidak-tidak ataupun bukan-bukan. Kalau tak berfikiran positif, korang sendiri yang merana! Betul ke tidak? 

3. SALING MEMAHAMI - Bab ini memang ramai yang dah mengerti kan. Bukan korang je ada masalah memahami, aku pun kekadang macam tu juga..hee..
Tapi kalau boleh, lebih bagus kita saling memahami, kalau tidak, memang akan bergaduh berpanjangan. Sampai bila gadoh or bertekak tu? sampai korang da memahami satu sama lain.

4. BERTERUS-TERANG - Bila nak tegur jangan la perli-perli. Kalau perli-perli pun, takkan fahamnya pasangan korang tu. Mesti mereka akan fikir korang ni memain je. So, better korang berterus-terang dalam bab tegur kesalahan dia or tak puas hati. Bila dah berterus-terang, baru korang akan lega dan pasangan korang pun akan lebih memahami.

5. PUJUK-MEMUJUK - Hah, bab pujuk-memjuk ni, mesti kaum lelaki lemah sikit kan. Sebab kaum lelaki, setengahnya malas nak pujuk-pujuk awek diorang sebab nanti tak macho la kan? Perempuan ni kalau dah merajuk, pujuk la cepat-cepat, kalau bagi merajuk lama-lama, lagi susah. Semua benda nanti tak kena.
Tapi kalau lelaki merajuk, perghh lagi teruk nak pujukkan?haha.. Mengada nya lagi melampau..haha.. 
So, pujuk-pujuk la awek or pakwe korang tu kalau dorang dah mula merajuk.

6. TAHU KESUKAAN@HOBI - ni pun salah satu cara untuk mengekalkan hubungan. Sebab dengan kita tahu apa kesukaan atau hobi dia, lagi senang kita nak faham dia. Contohnya, hobi dia suka jogging, ape kata korang pun ikot jogging juga.. bak kata orang putih, Follow the Flow.hee.. ( btol ke?)
Bila sama-sama dah tahu kesukaan masing-masing, apa pun akan berjalan lancar sebab kita sama-sama dah tahu apa kehendak dia kan..

7. MESRA - bermesra-mesra la dengan pasangan korang. maksud aku bukan mesra lebih-lebih, tu jadi benda lain kang.. haha.. Mesra-mesra maksudnya, jangan la nak garang atau kasar beno dengan pasangan korang tu. Itu namanya tak sayang.. Lagi-lagi perempuan, jangan nak kasar sangat dengan pakwe korang tau.. Sekali korang kasar, berganda-ganda kasar dia buat kat korang..huhu..

8. PERCAYA - saling mempercayai tu pun penting. jangan nak fikir bukan-bukan kat pasangan korang. Percaya la dalam apa jua yang di buat. melainkan, korang betul-betul tahu atau nampak diorang buat, baru la korang nak hentam tapi seeloknya siasat dulu ye sebelum nak hentam tu. =)

9.  PENAMPILAN DIRI - kita kena juga lah mempunyai penampilan diri yang menarik, kalau korang selekeh, takde sapenye yang ingin pun kan. Bila dah berpenampilan menarik, pasangan korang tentu takkan cari orang lain sebab di mata mereka nampak korang sangat menarik. Allah menjadikan semua umatnya cantik-cantik dan hensem-hensem so kita sebagai umatnya haruslah menjaga diri kita ni sebaik yang boleh..

10. MENERIMA SEADANYA - menerima la pasangan korang dengan seadanya sebab dalam dunia tak ada yang sempurna. melainkan dia memberi korang arah yang tidak baik, better korang tinggal kan tetapi kalau dia pernah melakukan salah dan ingin bertaubat, terima la dia dan bimbing la dia juga. ^_^



Okeyhla, sampai sini je yer. Ni pendapat aku, kalau ada yang salah, aku minta maaf ye. ^_^
Terima kasih sebab baca dan jom kita kongsi nye ramai-ramai.

p/s: aku pun kadang-kadang tu ada gak ar gado sebab tak faham kan tapi insyallah jika diberi masa dan jodoh, aku harap hubungan aku kekal juga. Dan aku pun berdoa semoga hubungan korang yang membaca ni yang tengah bercinta, semoga kekal hingga akhir hayat.. AMIN..=)

Hari ini AnnivMonth Aku ke 11bulan, even baru 11 bulan, aku bersyukur sangat sebab bukan senang nak dapat hubungan yang lama ni.. 





DAH BACA, SILALAH KOMEN, TERIMA KASIH..=)

4 hamba allah berkata:

adeeb khairudin said...

hee sokong2 sume. follow sini :)

BeloG MTT said...

Yup semuanya sangat penting dalam sesebuah perhubungan..

Syg ! Dah baca perkara yang membunuh dalam hubungan?

http://www.lailyqaisyirah.com/2011/06/perkara-yang-membunuh-perhubungan.html

Farhah Azman said...

@adeeb khairudin

hee..terima kasih..=)

Farhah Azman said...

@BeloG MTT
yer MTT syg..:)
ok,nanti farhah baca..^_^