--> ]]>

Yang Mengikuti Perkembangan ♥

18 July, 2011

M-POP OH M-POP !


Salam 1 Blogger..

Hari ini entri aku takde sepanas mana pun. Cuma, aku nak kongsi sedikit dari pandangan aku..
Tadi masa aku layan Wanita Hari Ini, Topik diorang hari ini tentang Demam K-pop. Okeyh, siapa tak suka
K-pop kan? Aku tahu ramai suka K-pop ni, aku pun suka K-pop tetapi bila dah orang bangsa kita nak jadi artis macam K-pop tu aku rasa dah lain macam dah.. Bukan nak jatuhkan negara sendiri ke apa tetapi kalau nak jadi artis pun biarla ikot kesesuaian budaya. Budaya kita tak sama dengan budaya luar. 
Nak tubuhkan satu Band tak perlu follow-follow yang lain kan, Aku tahu la sekarang ni Bahana K-pop tengah menjulang tinggi tapi tak perlu kan nak over sangat ikot diorang tu. Tak sesuai pun.. Lagi-lagi yang group Perempuan yang tengah hangat sekarang ni, yang baru sahaja on air kat TV3 - Rancangan Wanita Hari Ini..
Siapa Tak kenal group diorang ni,aku agak mesti ramai kenal, nama group ni adalah GULA GULA..

Kumpulan GULA GULA ni, aku rasa mesti ramai yang tak suka atau menyampah bila tengok diorang ni tapi ada juga yang minat diorang dan sokong diorang ni.. Yang mana sokong dan minat diorang ni, korang duduk diam-diam eh kat situ.. tak payah nak bising-bising..

Kalau sebelum ni, kumpulan GULA GULA ni semua tak bertudung dan agak seksi la kan tapi sekarang ni aku baru perasan yang ada seorang ahli baru tapi dia bertudung.. Alahai, muka dah comel dan ayu da tapi bila dia masuk kumpulan tu mesti ramai geli juga.. Rata-rata semua geli dengan group ni kan..? Korang geli ke tak? ke Suka? Kalau aku? No komen la.. Tapi geli juga la.. sebab macam tak sesuai je..huhu..


 Hah, ini dia ahli yang sebelum tu.. Seksi dan comel gitu...hehe


Nampak perempuan yang berudung tu, dia la ahli baru, comel dan ayu.. betul tak?



Erm, nak menyanyi tu takpe la kan tapi Tak perlu nak follow-follow sangat K-pop sebab memang tak sesuai pun dengan budaya kita ni.. =,=
Menyampah tahu tak??

Dan Lagi satu, tadi kat Wanita Hari Ini, diorang kenal kan satu lagi Group M-pop tetapi lelaki la.. Nama group tu kalau tak silap aku, P.O.P atau nama sebenar Prince Of Pop.. Bagi pendapat aku, oklah dari yang sebelum ni kan.. kalau ini okeyhla, not bad.. P.O.P ni ahli-ahlinya semua dari Sabah dan menjadi artis rakaman Cat Farish..  Herm, ape lagi eh? kalau nak tahu lebih lanjut tentang P.O.P ni, baca dekat sini
dan kalau nak tengok video mereka tengok kat sini pula

Meh kita tengok gambar P.O.P



Hah, better sikit kan dari group yang ini
-
-


Hehe,,yang ini korang nilai sendiri okey? 
Okeylah setakat ni je aku mampu taip..=)

p/s: Siapa-siapa yang terasa,aku tak bertanggungjawab,ini blog aku,suka hati aku nak taip apa sebab ini semua pandangan masing-masing..=)

Sekian, Terima Kasih.. Bye.. ^_^


DAH BACA, SILALAH KOMEN, TERIMA KASIH..=)

17 hamba allah berkata:

ifa azman said...

OMG!!!geli gler..why la nk ikut kpop

ifa azman said...

gelinyeeeeeee....

Farhah Azman said...

@ifa azman memang pun...=,=

cik lya said...

omaigotttt

♛ Azie Azra ♛ said...

waktu semua grup ni lahir, azie kat Indo. baca melalui blog je. perghhh utube sket, sgt la benco kat grup lelaki buka2 baju tu. aisehhh. malu den oi

nashanadz said...

maap cakap la ek.. huhu.. susah ni nak ckp buruk pasal orang.. tp tetibe nak tercakap jgk.. ini bukan gula2.. ini geli2 matttttt... terutama yg bawah skali tu

Farhah Azman said...

@nashanadz hehe..takpe skali skala..hehe..
geli kan? sis tgk geli, sy pun ape lg...hahah

syafiqakarim said...

haha dorg ni teruk gila tau
kena maki hamun.haha

yana said...

hahaha slenger.....

Mish Apple said...

maknyah .

Teyn said...

eww... i bukan nak kutuk ke apa.. tp dorang ni tahpape la... perlu ke nak tiru koreans??? and i pelik.. yg pakai tudung tu nanti joget2 atas stage mcm yg lain jgk ke?? mcm tak sesuai je? i mean pakai tudung kan sopan santun kan?

haha.. mcm klaka je i... i tak minat pun kpop ni.... mula2 i igt kpop tu mcm ice cream paddlepop tuh... tp bila tgk mpop ni i rasa meluat... TT.TT

cari la identity sendiri... >.<"

sekian...

hehehe

Farhah Azman said...

@syafiqakarim dorang tu yg mne? semua tu ke?hehe... tak sesuai la nak ikot kpop..=,=

Farhah Azman said...

@yana
eh yana ke ni? hee...rindu..^_^
mmg selenger pun...=,=

Farhah Azman said...

@Mish Apple haha.. maknyah versi kpop?

Farhah Azman said...

@Teyn
teyn punye komen lg hebat..hehek.. setuju sgt ngn teyn.. sepatut nya yg bertudung kne la control attitude kan..contohnye mcm yuna,takde lak nak tergedik2 atas stage kan..hee..

even kpop da jdk trend kat msia ni tapi tak perlu kot kan kite follow sgt..stakat minat tu takpela kan.. bkn sesuai pn...

Fangirl-hime said...

waahh...ni kena bg msuk ZON 'INGGAR'nih...biar Kak Lehot tegur ckit...

klau muke2 melepak putih n mata sepet mcm SNSD or SuJu tu xpe lh jgk...
ni muka mcm kain lap meja..
mne ade org nak lyn...dgr lagu pun x sudi...hampeh btol..

my advice to these "WANNABE'S" is create your own style lh beb n your own SONG style...bru org kenal siapa u n kenal Malaysia...

Farhah Azman said...

@Fangirl-hime hoho..masuk zon inggar kak lehot? bgus jgk tuh..hehe... konfem best..

erm2,btol tu ape yg awak kata kan,,,:)