--> ]]>

Yang Mengikuti Perkembangan ♥

20 June, 2011

ROKOK




Hari ni aku nak buat entry tentang ROKOK ...
Okey, ape itu rokok? Sedap ke rokok tu? Best ke rokok tu? Kesihatan terjaga ke bila hisap rokok?
Jawapan semua terletak pada diri anda ye..:)

Okey, meh aku terang kan ape itu rokok?

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.


Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. 


Apakah kesan dan keburukan rokok kepada perokok?
Dalam masa jangka pendek:

OtaK - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
TelingA - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
Nafas - Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
Gigi - Gigi menjadi kuning
Hidung - Mengurangkan deria bau
Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan



Jangka masa yang lama/panjang:

* Penyakit Jantung
* Angin Ahmar / Strok
* Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
* Penyakit mulut dan gusi
* Ulser (perut, peptic)
* Osteoporosis
* Kemandulan (tidak boleh hamil)
* Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
* Mati pucuk




Contoh Iklan Anti merokok..
Ish2, kalau la badan kita terbakar dan berlubang macam tu? Agknya macam mana lah erkk?T__T



OKEY...
Dah baca dah kawan-kawan?  Apa la pendapat korang..? Kepada yang merokok tu cuba la berhenti ye.. Sayangi la nyawa and orang yang tersayang..:)
Anyway, aku just share tentang rokok ini sebab sekarang ramai lelaki and TERUTAMANYA perempuan yang merokok.. Lagi-lagi bila dipandang oleh masyarakat.. Apalah pandangan mereka kan? :)

Dan pernah juga aku dengar Rokok ni HARAM? btol ke? aku lom wat research betul-betul lagi..:)

p/s: Jangan marah and minta maaf ye kalau aku ada tersalah kata and buat sesape tidak suka dengan entri ni,,.
Ini hanya la pandangan dan nasihat untuk kita bersama..Eiceehh..hee..:)

Maklumat diambil dari encik WIKI dan encik GOOGLE ..:)

Selamat Membaca dan sila lah share dan komen..
Thank you..:)




DAH BACA, SILALAH KOMEN, TERIMA KASIH..=)

0 hamba allah berkata: