--> ]]>

Yang Mengikuti Perkembangan ♥

29 July, 2011

KAWAN KORANG JENIS YANG MANA??

Salam 1 Blogger dan salam hari Jumaat..
Korang dah makan ke belum? Sehat? Semoga korang sentiasa sehat selalu,Amin..


Aku nak tanya, korang ramai kawan tak? dan ada kawan tak? semua ada kawan dan ramai kawan kan? Tapi kawan yang mana betul-betul jujur dan ikhlas berkawan dengan kita. Semestinya tak ramai yang ada kawan yang macam ni. Kebanyakan nya semua memilih bila berkawan dan even yang ada kawan baik atau sudah kawan berbelas tahun pun boleh putus hubungan kan. Contoh lah, yang si A ni ada kawan baik dan mereka sudah berkawan berbelas tahun tetapi satu hari si A ni ada masalah dan si A ni meminta bantuan dari si B tapi si B memberi seribu satu alasan tapi sedangkan si A ni selalu bantu si B ni bila si B ni memerlukan. So, dari situ kita boleh nampak jenis kawan macam mana tu kan? Itu adalah jenis kawan yang tidak jujur dan hanya ingin mengambil kesempatan atas jasa baik kawan je. Korang mesti pernah melalui macam ni kan? Aku pun pernah. Bila aku kena macam ni, terus aku tinggalkan kawan macam ni, tak ada guna aku berkawan baik dengan orang yang hanya nak memanfaatkan persahabatan ni.. Kawan macam ni juga bila kita tak tolong, mesti dia akan tuduh bukan-bukan atau cakap bukan-bukan dekat orang lain. Selalu mereka mesti cakap, " Eh, jangan siapa-siapa tolong dia sebab aku minta tolong dia, dia taknak tolong aku". Baru sekali kita minta tolong, dia dah cakap macam tu, ada ke patut? memang tak patut la..hermm..


Dan, selain itu ada juga kawan yang ingin berseronok sahaja dengan kita. Maksud aku, jenis kawan macam ini adalah kawan yang ingin mengajak ke arah keseronokan yang kadang-kala tiada memberi manfaat kepada kita. Kalau untuk bersembang, lepak-lepak, berhooha-hooha  dan lain-lain, dapatlah mereka ini menyumbangkan masa mereka dengan kita tetapi bila waktu untuk kita mengajak membuat perkara yang berfaedah atau perkara yang dapat memanfaatkan kita, mereka pasti tidak akan menerima ajakan kita dan mereka juga tidak akan pernah mengajak kita melalukan perkara yang dapat beri manfaat kepada kita. Kalau boleh, hati-hatilah dengan kawan yang macam ni, nanti bila dah terlebih seronok sampai membazirkan masa kita yang boleh diisi kan dengan masa yng berfaedah contohnya Blogging..hehe..=)

Dan yang terakhir, kawan yang akan sentiasa beri kita manfaat dan jauh kan kita dari perkara yang tidak baik. Aku tahu mesti ramai yang ingin kawan yang macam ni, kawan yang tidak memberi pengaruh yang tidak baik kepada kita.  Tapi jarang ditemui kan? Kalau ada pun, mungkin tak ramai. So, korang semua pilih lah kawan yang mana sesuai dengan korang ye, jangan lah pilih kawan yang hanya kerana nak berkawan dan hanya mengambil kesempatan atas diri korang..^_^


Herm, bagi aku pulak, berkawan di alam maya ni lagi rapat dan lagi memahami.. betul tak korang?

p/s: wahh, panjang benar entri aku hari ini.. dah macam ceramah pun ada.
aku minta maaf kalau ada tersalah kata di atas atau tersalah dari segi penyampaian..=)


OKBAI!




* Jom join group dalam FB untuk Para Blogger---> Santai Blogger  SanaSiniBlogwalking  Port Blogger
* Nak free passes untuk XPLAY party besok? pergi kat SINI
* Nak join ChurpChurp dan nak tahu apa tu churpchurp? Klik ---> SINI






DAH BACA, SILALAH KOMEN, TERIMA KASIH..=)

4 hamba allah berkata:

Zahirah said...

yang last sekali tu saya setuju. hanya kita-kita je paham kan? eh, tiba-tiba je. haha. awak, sabar tau? biasalah tu. lumrah manusia :)

Farhah Azman said...

@hirahee.. terima kasih..
sy sentiasa sabar.. sy cool..=)

noruamran said...

aha. Manusia tu macam macam. Tapi kadang2, kawan kat dunia maya pun Boleh jadi fake juga. But it depends to oneself. Yang penting, ikhlas kerana Allah Taala. Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. ;p

cik tEmah said...

huhu... slalu berlaku kat diri nie... kadang2 geram jek ngan diarang kan... hem tapi tak pe.... kesabaran amat penting kan???? hehe....